Tuesday 20 October 2015

8 TIPS TRAVEL UNTUK BACKPACKERS

Ini courtesy abang taveller Krik Alfie

Yang hitam tu dia tulis. Yang merah tu aku pepandai tambah ikut experience aku. K enjoy baca. Aku suka style brader ni tulis.


TIPS TRAVEL.
AMARAN! Bacaan ini panjang berjela2!
‘Banyaknya duit kau’, ‘Untunglah dapat jalan-jalan’, ‘minta ole2’, ‘kirim barang wei’ antara perkara paling banyak diungkap tika aku travel sama ada dalam Negara dan luar.Target aku setiap tahun atleast sekali ke luar Negara dan dua tiga tempat dalam Negara (even kadang terlebih ikut pada situasi dan of cause MONEY).
Hari ini aku cerita bab ‘banyaknya duit kau’ dahulu. Ada masa aku sambung cerita lain2.
- ‘Banyaknya duit kau’ = Aku banyak duit? No! Istilah paling salah! Aku travel dengan berbajet kecil. Semua bajet jalan aku adalah sangat rendah (Under RM1000 ke luar Negara and under RM 500 dalam Negara included all termasuk tiket flight, makan, hotel, transport, ole2, fee tiket dll).Itupun biasanya tak pernah sampai! Since aku jenis kritikal dalam memilih makanan, aku banyak save dalam bab ini!So how I manage semua tuk travel? This tips untuk korang.Actually semuanya base on how ur manage ur kewangan sahaja!

1) Flight ticket.


Beli tiket awal (flight) total penjimatan boleh cecah 90% dari harga last minit. Contoh tiket flight aku beli ke Jogjakarta Indonesia return ONLY RM 125, tiket flight aku ke Kota Kinabalu Sabah return ONLY RM 70, tiket flight aku ke Langkawi return ONLY RM 30.See, semua orang boleh grab kalau mahu! Usaha la sikit untuk dapatkan informasi pasal sale tiket AA. Tak kan semua mau orang feed semua!Tak tahu tanya! Simple rules.

Betul. Kawan aku dapat tiket JOG-KUL-CGK RM70 je. peh pehh pehhh.. aku pun jeles haha. aku beli ke jogja dpt RM121. tapi travel next year lah. Selalu2 lah update tiket..


2) Nak dekat date
Bila date nak travel sudah dekat (1 months or 2 months) minta la leave awal2 dengan bos!Last minit punya apply sah2 bos pun berat hati nak lepaskan korang. Kalau tempat korang perlu replacement orang, cari geng2 korang awal2! SETTLE!


Kalau tak, travel solo pun okay. Haha lagi best kalau ada kawan kt oversea. Tidur je umah dorang..
Ada sekali tu patut 4 orang nak join sekali sume last minute cancel. Aku tukar plan join budak2 Indonesia naik semeru. Mmg last minute. Takdir menemukan aku dengan group ni. Allah memang nak kasi aku travel :)
Ni aku first solo backpack. Join team budak2 Indonesia naik semeru. Dalam 23 orang aku sorang je Melayu. Masa amek gambar ni aku terpaksa peramahkan diri bajet dah kenal lama untuk hilangkan awkwardness.
Haha naik tak kenal, turun jadi sahabat.

3)Hotel.

Bila 1 bulan nak travel, aku start search hotel di AGODA.COM.Siap ada review dari previous guest! So korang boleh bajet sama ada service di hotel tu ok ker tak. Booking by AGODA ada discount dan sesetengah booking boleh cancel and dapat refund kalau kalau tiba2 terpaksa cancel.PLEASE MAKE SURE KORANG DAFTAR DULU AHLI DI AGODA!FREE jer pun.Dalam pemilihan hotel, LOCATION hotel adalah antara key paling dititik beratkan. Bajet untuk hotel base pada ketebalan poket korang la kan!P/S: Hotel gak boleh booked by BOOKING .COM tanpa pembayaran sampailah korang check in!

4) Itinerary .

Lakarkan secara kasar base pembacaan daripada blog2 travel atau Itinerary ! Semua ada dan perlukan kerajinan jari dan DIRI sahaja menaip dari Encik GOOGLE.Cari tempat yang menarik yang dalam target dan lakarkan dari mana mahu start perjalanan (biasanya Iti yang disediakan akan lari sedikit atau terus pada hari kejadian, jadi sila sediakan plan B).

Ni contoh aku punya.. Memang every trip akan ada itinerary. Jadi tak jadi masa travel tu lain cite. Tapi kadang2 tiket tren kt sana sume kena book awal atau nnt habis, so semua detail simpan. N pastikan ada softcopy dlm hp. Passport, tiket purchase bas ke apa. 



Yeppp.. dan banyakkan bertanya orang local. atau orang yg pernah pergi. Kadang2 search google ni tempat2 yg mmg famous. Tapi kalau dapat tempat yg jarang diterokai.. Perghhh.. berbaloi..
Siapa tahu tempat ni wujud kt Jogja? pehh pehh pehhh kalau bukan sbb kawan2 lokal yg bawak aku pun tak tahu. Haha nama tmpt ni Ponngok, Jogja

5)Money.

Tukar duit awal2 di tanah air sebab tukaran di Negara kita travel biasanya lagi mahal. Bajet tukaran ikut tabung buluh korang la kan!Tips dalam tips, cari money changer yang offer nilai yang paling rendah (ada satu di NU sentral, satu di Jalan masjid India) korang search sendiri la!


Ataupun boleh gak activate VISA plus dan withdraw oversea.. Kalau nk belanja byk better guna cara ni. Sbb direct exchange.. bank x amek untung mcm money changer.. cuma kena bayar service charge lah. depending on the bank kita guna. Kalau Maybank RM12.. bank lain lg murah rasanya.. tp takat tu je lah bayar.. tak rugi kt money changer. N tak yah bawak duit banyak2. hehe baru tahu tips ni masa jalan kt istanbul.
5)Pakaian. 
Kalau 3 malam jer travel tak payah la bawak baju sampai 7 helai!(base pengalaman bawa kawan! Hew hew hew). 3 pasang cukup ! Bukan korang nak tukar2 baju macam cerita Hindustan kan!hahahahaha

Kalau plan nak beli baju kt oversea pun lg boleh minimize pakaian. Pakai on the spot lepas beli. Time travel lah nak pakai baju I love I love ni.. Haha background tmpt original. Aku buat camtu.. Haha go shopping hari awal2 supaya baju baru beli boleh pakai terus. Hahah

6)Makanan.
Sesetengah orang suka bawa makanan ready food kalau travel ker Negara bukan Islam. Tapi aku redah jer cari or makan apa yang ada as long tak kebulur. Ini depend pada tekad korang kalau korang jenis sedia angkut barang banyak.Hahahaha.

Go food hunt street food. Berbaloiiii. Tapi tgk kebersihan jugakk..
Pergh nah belanja jagung bakar perisa pedas...


7)Solat.

Simple, mana2 tempat boleh solat kan.Pedulikan mata yang memandang. Aku dan kawan pernah jalan dekat 5 kilo cari masjid di Pattaya Thailand. Dah jumpa masjid dan solat terborak2 dengan sorang kakak dari selatan Thailand, dia siap bagi duit untuk kami (kami tolak tapi dia paksa ambil). Insyallah niat baik Tuhan balas kebaikan dalam bentuk yang kita tak jangka.
8)Keselamatan.
Aku akan ambil insurance AXA kalau keluar Negara. Murah dan cover claim sangat luas.Kiraan adalah berdasarkan hari dan Negara. Siap dapat discount lagi 30%! PENTING , kalau keluar Negara ambil insurance since kita tak jangkakan apa terjadi (sesetengah negara bil rawatan sangat tinggi untuk pelancong).

Aku selalunya amek insurans airasia je. Haha.. 
Panjang sangat menulis, nanti ada masa aku sambung lagi.Aku bukan traveler kental macam sesetengah orang dalam group tapi at least perkongsian itu kan ANUGERAH UNTUK MEREKA YANG TIDAK TAHU.

K thank you penulis asal. :) May Allah bless you..

2 comments:

  1. ni gempak jat. hahaha :) apesal lah lambat jumpa blog ni. haih .

    ReplyDelete
  2. ni gempak jat. hahaha :) apesal lah lambat jumpa blog ni. haih .

    ReplyDelete