Ada 3 option untuk ke Cappadocia.
1. Naik bas dari Istanbul
2. Naik flight dari Istanbul ke Nevsehir
3. Naik flight dari Istanbul ke Kayseri
Atau nak jalan kaki pun boleh. 144 jam je. Ha ha k hambar.
Untuk flight boleh check out Pegasus airlines.. Untuk bas boleh beli direct di Otogar Istanbul atau book online pun ok. Tapi cari lah online syarikat apa yang ada. Yang aku jumpa banyak jual 28Euro. Quite expensive.
Okay ni aku cerita perjalanan. Tapi secara general dulu.
Kitorang bertujuh gerak hari khamis, ambil bas dari Otogar di Istanbul. To get there? Kalau dari Asian side Istanbul boleh ambil Marmaray (kereta api bawah tanah) dan berhenti di Yenikapi station. Dari Yenikapi ambil Metro M2 Train ke stesen Otogar. Di situ nanti keluar akan nampak banyak syarikat bas. Tanya je lah around. Standard harga dalam 65 TL ke Nevsehir bus station. Dan 70TL ke Goreme. Okay tengok map di bawah ni.
Untuk flight boleh check out Pegasus airlines.. Untuk bas boleh beli direct di Otogar Istanbul atau book online pun ok. Tapi cari lah online syarikat apa yang ada. Yang aku jumpa banyak jual 28Euro. Quite expensive.
Okay ni aku cerita perjalanan. Tapi secara general dulu.
Kitorang bertujuh gerak hari khamis, ambil bas dari Otogar di Istanbul. To get there? Kalau dari Asian side Istanbul boleh ambil Marmaray (kereta api bawah tanah) dan berhenti di Yenikapi station. Dari Yenikapi ambil Metro M2 Train ke stesen Otogar. Di situ nanti keluar akan nampak banyak syarikat bas. Tanya je lah around. Standard harga dalam 65 TL ke Nevsehir bus station. Dan 70TL ke Goreme. Okay tengok map di bawah ni.
Cappadocia ni besar rupanya. Dari nevsehir ke Goreme tu je dah 30 min by car. Dan yang famous dengan hot air balloon dan hotel dalam gua tu kat Goreme ni lah. Jadi bas tu kitorang ambil direct ke Goreme. 70TL. 2 orang lagi naik dari Ankara. Jadi jumpa di Cappadocia terus. Total 9 orang join trip ni.
Ni antara laman web yang boleh pakai untuk book.
Hostelworld.com : Banyak backpack lounge. Murah2. Nak booking kena bayar deposit 23%, non-refundable unless add 1 dolar. K camtu sistem dia.
Booking.com : Lagi variety. Free booking tapi ada 8% VAT tax.
airbnb.com : Kalau nak book apartment sekaligus. Tak pernah guna lagi.
Agoda.com : Macam booking.com tapi kena bayar terus.
Makanan?
Hah, kitorang beli sendiri. Ada kedai murah di Goreme tu. BIM atau A101 hypermarket. Kitorang beli roti, cheese, olive, timun, tomato dan poof! Turkish breakfast weh! Share duit jadi dalam 4TL je seorang spend untuk breakfast. Jimat tak jimat. Haha. Bawak lah pisau sekali dan beli pinggan plastik dan sudu garfu plastik. Nak bawak dari Istanbul pun ok. Lunch dan dinner? Makan kat kedai. Mahal wooo. Average 10TL. Dan sebenarnya di Turki ni, throughout the country kot, makanan dia standard. Tak jumpa lagi makanan khas daerah masing2. Pergi mana2 sama je menu. Jadi kalau nak jimat, prepare lah makanan apa nak buat siap2. Yang tak payah masak dan yang boleh kenyang perut. Kalau betul on tight budget. Instant mi pun ok. Makan coklat pun boleh. Coklat di sini murah2. :D
So far in general macam tu lah.
So far in general macam tu lah.
Trip?
Di Goreme tu banyak tempat akan offer tour. In general, ada RED TOUR, GREEN TOUR, dan BLUE TOUR. Ha tengok map atas tu. Bahagian yg di highlight warna tu represent route each tour. Every tour tu jauh gak perjalanan dia. Half day. Start 9 pagi, habis pukul 4 gitu. Rate harga around 80TL-100TL inclusive transportation, tiket masuk museum semua, dan lunch. Berbaloi ke eh? Berbaloi kalau ada banyak nak cover dan masa suntuk.
Hot Air Balloon?
Hot Air Balloon?
Oh yeah one of the reason orang ke Cappadocia ni sebab nak naik hot air balloon. Siapa tak nak? Once in a lifetime experience. Aku pun nak.. Tapi belum banyak duit. Haha dan aku nak naik dengan someone special nanti cewahh. Haha okay serius. Untuk Hot Air Balloon. Range harga biasanya 100-150 Euro. Euro k bukan TL. Mahal jugak lah. Dan kena pandai cari yang murah. Better ambil masa dah sampai. Banyak je company ada Hot Air Balloon. Selalu di Istanbul masa beli tiket bas diorang cakap diorang offer murah lah, kalau lambat beli nanti habis lah. Padahal banyak je ada. Lagi2 musim sejuk ni, tak ramai sangat yang datang melancong as compared to musim panas. So don't worry kot. Go ask around masa sampai tu. Kitorang ada 2 orang yang naik. Dapat 90 Euro je. Sebab kitorang cakap kitorang student. Haha and they want to sell their product/service ofcourse. Again, kalau tak banyak masa to spend, ambil je lah mana yang offer dulu.
Exploring around?
Exploring around goreme boleh je on foot. Banyak tempat yang walking distance. Dan banyak valley untuk diterokai around Goreme. Love Valley, Red Valley, Rose Valley, Pigeon Valley. Semua ni boleh hiking dan berjalan kaki je.
Kalau nak luaskan circumference tu boleh sewa basikal atau motor, atau kereta kalau nak jalan jauh.
Basikal - 40-60TL sehari sewa
Motor - 60 TL sehari
Kereta - 120 TL sehari
ATV - tak tahu tak tanya.
Tamam. Let's move on to our itinerary sepanjang 3 hari ni.
Hari pertama:
Sesampainya di Cappadocia, kitorang beli makanan, breakfast dan check in. Pukul 12 check in macam biasa. Solat then head keluar. Since some of us nak ambil Green tour, and some of us tak mahu. Jadi first day decide untuk ke tempat yang tak di lalui Green Tour. Jadi kami ke Goreme Open Air Museum dan berjalan keliling, niat nak ke sunset point, tapi jauh sangat pulak ternyata. Jadi end up duduk je mana2 peak dan ambil photo.
Harga masuk ke Goreme open Air Museum is 20TL.
Memandangkan kitorang semua study di Turki dan ada MuzeKart student, masuk free dengan kad ni. Boleh juga buat kad ni 50TL satu hari tak salah, boleh masuk mana-mana museum around Cappadocia ni yang pakai MuzeKart.
Kemudian hiking sampailah ke Urgup. Dan tengok sunset di point di situ. Balik ke Goreme naik shuttle bus dari Urgup (2.5TL) dan makan malam di Goreme. Kemudian jalan-jalan keliling Goreme tengok souvenirs, dan finally balik hotel. Not bad suhu 5 degree masa kitorang pergi. Fuh fuh keluar asap kitorang main2 dengan asap. Haha.
Souvenirs tu, yang awal2 korang nampak dekat dengan stesen bas mahal. Rajin2 round area tu nanti jumpa kedai yang lebih murah. Contoh fridge magnet kat depan 1- 3TL, 4 - 10TL. Ada yang kitorang jumpa 4 for 5 TL. Lagi murah ye dok? Tapi tak banyak choice lah. Mungkin nak habiskan stok. Tapi takpe lah. Cantik je pun untuk kenang-kenangan. T-shirt pun dapat 15TL dari 25TL. Kitorang tawar-menawar. Tak perlu tahu bahasa turki pun. Tawar menawar is a universal language. Haha. You just need number, and your strategies.
Kitorang beli 5 orang baju yang sama. Ohsem!
Baik lah. Balik dan tidur. Sedia untuk esok!
Hari kedua:
Bangun subuh, breakfast sekejap, terus keluar cepat2 sebab rupanya sebelum matahari terbit lagi belon-belon udara panas dah mula naik. Awesome masa kitorang keluar tu masih gelap lagi. Pastu dapat tengok belon udara tengah bakar2 dari dalam baru nak naik. Wooo.. Kitorang hiking Rose Valley, nanti cari peta tengok kat mana Rose Valley ni. 20 minit berjalan dalam sejuk hidung serius pedih, nafas pun sejuk tapi berbaloi bila dapat tengok scenery ni. Sunrise pun atas bukit ni.
Balik tu sambung breakfast dan 5 of us dalam pukul 9 keluar ikut Green Tour. Sorang solo travel, maka tinggal 3 orang yang decide untuk explore sendiri. Kenapa berpecah?
Ini antara sebabnya:
5 orang tu nak cover as much as tempat possible, dan senang jugak semua dah tersedia. Explore sendiri ni ada kurangnya, risiko lebih tinggi untuk sesat sebab tak biasa tempat baru, dan mungkin banyak waktu terbuang kalau itu terjadi. Tapi kitorang 3 ni memang kepala adventure dan tak suka terikat dengan waktu. Jadi we decided to explore on our own. Aku bagi comparison apa yang dapat dari tour, dan apa yang self-exploration dapat.
GREEN Tour. - dalam web tu harga dia lain
(Cost 75TL sebab kitorang ada MuzeKart, tak ambil tiket. 100TL buat yang tak ada MuzeKart)
Tempat cover:
-Panorama Goreme
-Pigeon Valley
-Derinkuyu Underground City
-Ihlara Valley
-Selime Monastry
-Onyx Jewelry Factory
Time: 9.30 am - 4.30 pm.
So basically berbaloi sebab semua tersedia dan siap dapat lunch dan dapat ke banyak tempat.
Tapi ni journey kitorang yang explore sendiri
Sewa kereta: 120TL sehari
Minyak: 40 TL
Museum pass: Free (MuzeKart). Kalau tak ada - Derinkuyu: 20TL, Ihlara Valley: 10TL. Panorama Goreme: Free.
Makan: Kitorang stop by restoran nearby dan cari yang murah. Lunch 4TL, dinner 6TL. 10 TL overall.
Kitorang spend time kat Ihlara Valley sampai sunset. So worth it. Tak sempat ke Pigeon Valley dan tempat Jewelry tu. Takpe lah. Takde niat nak beli barang kemas pun.
Kitorang spend time kat Ihlara Valley sampai sunset. So worth it. Tak sempat ke Pigeon Valley dan tempat Jewelry tu. Takpe lah. Takde niat nak beli barang kemas pun.
Balik baru jumpa the rest kat hostel.
So kelmarin bahagi 3 orang - sorang spend dalam 50-60TL. Even kalau kena bayar pun, dalam 90TL ye? Dan kalau pergi 5 orang, boleh bahagi banyak on the cost kereta. Lagi murah jugak. Only kena explore lah. Drive sendiri. Kitorang pakai google map, pakai kemahiran membaca peta. Peh tak sangka aku berbakat gak baca peta (Bangga) dan kedua driver dan co-driver kat depan pun jenis orang yang cool. So the journey jadi best lah.
Di Ihlara valley, depan tempat parking tu ada makcik-makcik jual buah kering. Beli lah. 1TL, 2TL.. Murah je. Boleh jadi snek.
Dan di Ihlara Valley tu kitorang sempat hiking ke tebing tinggi untuk enjoy sunset. Pergh. Gayat.. Tapi berbaloi, dan takde orang nak halang of course. Haha. Malam lepak kat lounge then tidur. Pemilik hostel kitorang duduk tu sporting gila. Siap boleh minum teh sesuka hati.. Nak buat air panas ke, nak guna computer ke. Dia sempoi je. So tengah sejuk2 tu sambil borak2 ramai2. Best :D
Hari ke 3:
Since kereta kena pulangkan jam 10.30 pagi. Before sunset kitorang pergi ke Red Valley untuk enjoy sunrise dan breakfast atas bukit. Beku. Haha sejuk. Tapi best..
After that sempat juga ke Uchisar Castle di Uchisar. 15 min dari Goreme. Dan dapat scenery ni.. Pergh.. Balik, hantar kereta, check out, breakfast (kitorang masak omelette pergh) dan head out balik ke Istanbul. Tiket bas boleh beli terus di stesen bas tu. Ada je banyak company. Dan ada banyak waktu untuk pilih.
Overall? It was an awesome trip.
Aku dapat hiking, dapat tengok rumah gua, church dalam gua, tengok hot air balloon dan yang paling best - aku dapat memandu left hand side! An amazing experience seriously. Bersama orang yang sekepala. Semua jadi best.
So basically - trip ni takde lah smooth sangat, timbul conflict bila ada yang nak ikut tour ada yang nak explore. Tapi in the end, masing-masing buat keputusan masing-masing dan semua puas hati. So decide lah, korang jenis traveller macam mana? Plan ahead so that segalanya lancar kat sana. Ni boleh kata trip redah gak ni. Ada planning sikit2 tapi doesn't go the way we expect and we made decision banyak bila kat sana. Sebenarnya nak extend satu hari.. Tapi ulang2 benda sama je, tengok valley, Nak buat pasu (ni tak sempat buat), naik unta, tengok tarian whirling dervish dan mandi turkish bath house, tapi mahal wuu wuuu kami student tak mampu. Bukan on priority list so we skipped this. Ha boleh lah siapa nak pergi consider buat yang kitorang tak buat ni :D
Okay. Ini summary semua itinerary kitorang untuk benda2 yang ada di goreme:
Transport (bus): 140TL return
Green tour: 75-100TL
Goreme Open Air Museum: 20TL
Derinkuyu Underground City: 20TL
Ihlara Valley: 10TL
Sewa Basikal: 40-60TL
Sewa Motor: 60TL
Hot Air Balloon: 90-150Euro